Kes H7N9 China Meningkat Kepada 104 Dengan 21 Kematian

Diterbitkan: Rabu, 24 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BEIJING: China mengesahkan dua lagi kes selesema burung H7N9 setakat 4 petang Isnin, menjadikan jumlah kes keseluruhan meningkat kepada 104 dengan 21 kematian.

Menurut laporan harian Suruhanjaya Perancangan Keluarga dan Kesihatan Kebangsaan, dua jangkitan baharu itu direkodkan di Wilayah Zhejiang, timur China, menjadikan kes terkumpul 40 dengan lima kematian di wilayah berkenaan.

Sebanyak 70 pesakit H7N9 masih dirawat di hospital yang dikhususkan, sementara tiga telah dibenar keluar, kata laporan itu.

Setakat ini 33 kes termasuk 12 kematian dilaporkan di Shanghai, 24 kes dengan tiga kematian di Wilayah Jiangsu dan tiga kes dengan satu kematian di Wilayah Anhui.

Beijing mengesahkan kes pertama pada pertengahan bulan ini sementara tiga kes dilapor di Wilayah Henan.

China secara rasmi mengesahkan jangkitan pertama H7N9 membabitkan manusia akhir bulan lepas.

Punca sebenar jangkitan masih belum dikenal pasti dan penyelidik sedang berusaha membangunkan vaksin bagi menentang strain baharu selesema burung itu. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Kolumnis

iklan

Iklan