Kekacauan Di Xinjiang Korbankan 21 Orang

Diterbitkan: Rabu, 24 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BEIJING: Kekacauan etnik yang berlaku di wilayah bergolak Xinjiang telah mengorbankan nyawa 21 orang termasuk anggota polis dan petugas sukarela.

Pertempuran dilaporkan meletus di daerah Barchuk di Barat Xinjiang selepas pihak polis cuba mengeledah sebuah kediaman seorang penduduk tempatan yang disyaki menyimpan senjata merbahaya.

Jurucakap Kementerian Luar, Hua Chunying dilaporkan oleh agensi berita AFP sebagai berkata, 15 anggota polis dan pekerja sosial dilaporkan terbunuh.

Turut terkorban ialah etnik Uighur yang beragama Islam yang merupakan penduduk majoriti Xinjiang.

Xinjiang adalah sebuah wilayah seluas dua kali ganda Turki adalah kediaman untuk sembilan juta etnik Uighurs.

Menurut bancian terbaru, 46 peratus penduduk Xinjiang berketurunan Uighur manakala 39 peratus lagi adalah keturunan Cina Han yang merupakan kaum majoriti Republik Rakyat China.

Puak Uighur mendakwa mereka sentiasa menjadi mangsa buli dan penindasan puak Han.

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan