Itali Akhirnya Akan Melantik PM Baru Selepas 2 Bulan Tanpa Kerajaan

Diterbitkan: Rabu, 24 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ROM: Presiden Itali, Giorgio Napolitano pada Rabu menjemput pemimpin haluan kiri yang moderat, Enrico Letta, 45, untuk menjadi perdana menteri.

Sejak selesainya pilihan raya umum Februari lalu, politik Itali masih bergolak dan parlimen tidak dapat melantik kerajaan dan perdana menteri yang baru kerana tiada parti yang mencapai majoriti mudah.

"Presiden relah memberi watikah pencalonan kepada Enrico Letta untuk menjadi perdana menteri yang baru," kata jurucakap presiden, Donato Marra kepada para pemberita selepas berlangsungnya pertemuan tertutup antara Napolitano dan Letta.

Berikut adalah kronologi krisis kepimpinan di Itali:

> 24-25 Februari: Parti berhaluan kiri menang tipis dalam pilihan raya Itali dan tiada parti yang berjaya menguasai Dewan Negara sekaligus mencetuskan krisis kepimpinan di Itali.

> 22 Mac: Pemimpin Parti berhaluan kiri, Pier Luigi Bersani telah diminta oleh Presiden Giorgio Napolitano supaya mencari rakan kongsi bagi membentuk kerajaan tetapi beliau gagal berbuat demikian.

> 17 April: Bersani dan bekas Perdana Menteri Berlusconi bersetuju untuk mencalonkan bekas senator Franco Marini untuk mengantikan Napolitano dalam pemilihan jawatan presiden.

> 18 April: Pengundian bagi jawatan presiden bermula. Marini tewas dalam pengundian pusingan pertama.

> 19 April: Puak berhaluan kiri mengambil keputusan untuk menyokong Romani Prodi sebagai presiden, tetapi sekali lagi usaha tersebut tidak berjaya dan Bersani menarik diri.

> 20 April: Untuk menyelesikan kemelut ini, Napolitano bersetuju untuk terus kekal sebagai presiden dan akhirnya beliau terpilih untuk penggal kedua - satu rekod yang belum pernah berlaku dalam sejarah moden Itali.

> 22 April: Napolitano mengkritik parti-parti politik di Itali sebagai gagal melaksanakan pembaharuan dan mengugut yang beliau tidak teragak-agak untuk melepaskan jawatannya jika krisis ini berlarutan.

> 24 April: Napolitano bersetuju untuk menamakan Enrico Letta sebagai perdana menteri kerajaan campuran antara berhaluan kanan, tengah dan kiri.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan