Ashraf Dibenarkan Bertanding Pilihan Raya Pakistan

Diterbitkan: Selasa, 23 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

LAHORE, Pakistan: Sebuah mahkamah di sini membenarkan bekas Perdana Menteri, Raja Pervez Ashraf untuk menyertai pilihan raya yang dijadualkan berlangsung 11 Mei ini.

Ashraf merupakan calon Parti Rakyat Pakistan, telah dihalang berada di kampung asalnya, di daerah Gojar Khan di tengah wilayah Punjab selepas lawannya menuduh beliau terlibat dengan jenayah rasuah.

"Mahkamah Tinggi Lahore pada Selasa membatalkan perintah tribunal pilihan raya mengenai rayuan dan Ashraf dibenarkan untuk bertanding pilihan raya," kata peguamnya, Sardar Latif Khosa kepada AFP.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan