Lufthansa Batalkan Kebanyakan Penerbangan Berikutan Mogok

Diterbitkan: Isnin, 22 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Keadaan di hab lapangan terbang Lufthansa di Frankfurt, Jerman sesak selepas syarikat itu membatalkan hampir kesemua penerbangannya berikutan mogok.
Keadaan di hab lapangan terbang Lufthansa di Frankfurt, Jerman sesak selepas syarikat itu membatalkan hampir kesemua penerbangannya berikutan mogok.

FRANKFURT: Syarikat penerbangan Jerman, Lufthansa membatalkan kebanyakan penerbangan domestik, Eropah dan jarak jauh di enam lapangan terbang negara itu selepas sekumpulan pekerja peringkat bawahan dan beberapa anak kapal melakukan mogok.

Daripada 1,800 yang telah dirancang pada Isnin, hanya 20 penerbangan domestik dan 12 penerbangan jarak jauh diteruskan, kata seorang jurucakap.

Hab utama Lufthansa di Frankfurt, Jerman yang merupakan lapangan terbang ketiga terbesar di Eropah, hanya enam daripada 50 penerbangan dibenarkan manakala tiga daripada 17 penerbangan di Munich.

Kesatuan perkhidmatan tersebut, Verdi mengadakan mogok tersebut selepas rundingan sebanyak tiga kali bersama dengan pihak pengurusan gagal menemui jalan penyelesaian.

Verdi menuntut kenaikan 5.2 peratus untuk seramai 33,000 pekerja bawahan syarikat penerbangan itu termasuk kakitangan pelbagai subsidiari dan anak kapal yang merupakan ahli Verdi.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan