Remaja Chechen Yang Lancar Serangan Bom Maraton Boston Dalam Keadaan Kritikal

Diterbitkan: Sabtu, 20 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

WATERTOWN (Massachusetts): Remaja etnik Chechen yang terlibat melancarkan dua serangan bom ketika berlangsungnya maraton antarabangsa Boston bersama abangnya kini dilaporkan dalam keadaan kritikal.

Dzhokhar Tsarnaev, 19, ditemui sedang bersembunyi dalam sebuah bot di belakang kawasan perumahan di pinggir bandar Boston dalam keadaan parah.

Dia dan abangnya sebelum itu berbalas tembakan dengan pihak berkuasa yang cuba mengepung dan menangkap mereka di kawasan kampus Institut Teknologi Massachusetts (MIT) pada Jumaat.

Abangnya, Tamerlan yang berusia 26 tahun terbunuh ketika cuba melarikan diri bersama-samanya menggunakan sebuah kereta Mercedes yang dirampas di dalam kampus berkenaan.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan