Lelaki Disyaki Terlibat Dalam Letupan Di Boston Diburu

Diterbitkan: Khamis, 18 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BOSTON: Pasukan penyiasat Amerika Syarikat (AS) sedang memburu seorang lelaki yang disyaki terlibat dalam kejadian letupan bom sempena Maraton Boston, Selasa lalu.

Video pengawasan menunjukkan seorang lelaki dipercayai meletakkan sebuah beg berisi bom berhampiran tempat letupan yang mengorbankan tiga mangsa.

Dalam perkembangan berasingan, Pegawai Penguatkuasa Undang-Undang mengesahkan bahawa pihak berkuasa sudah menemui imej suspek yang dikehendaki.

Namun identiti suspek masih belum dapat dikenal pasti.

Sementara itu, akhbar milik kerajaan China, Shenyang Evening News mengesahkan mangsa ketiga yang maut sebagai mahasiswa di Universiti Boston, Lu Lingzi. - AP

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan