Wartawan Itali Yang Diculik, Dibebaskan

Diterbitkan: Ahad, 14 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ROM: Empat wartawan Itali yang diculik dan dijadikan tawanan di Syria selama lebih seminggu telah dibebaskan di Turki, menurut Perdana Menteri, Mario Monti.

Kesemua wartawan tersebut yang bekerja untuk stesen penyiaran RAI diculik pada awal bulan ini ketika membuat liputan di utara Syria.

Monti bagaimanapun tidak menyatakan bagaimana kesemua wartawan itu dibebaskan.

Kesemua wartawan tersebut dijangka dihantar pulang ke negara ini dari Turki dalam masa terdekat. - AFP

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130414/lu_02/Wartawan-Itali-yang-diculik-dibebaskan#ixzz2QPQk90qJ © Utusan Melayu (M) Bhd

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan