Banduan Larikan Diri Guna Bahan Letupan

Diterbitkan: Ahad, 14 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

LILLE, Perancis: Seorang banduan berjaya meloloskan diri dengan menggunakan bahan letupan dalam satu kejadian di bandar Sequedin, utara Perancis.

Banduan tersebut yang dikenali sebagai Redoine Faid menggunakan bahan letupan untuk memecahkan lima pintu penjara, selain menjadikan empat warden sebagai tebusan ketika cuba melarikan diri.

Sehubungan itu, pasukan polis kini giat menjalankan usaha mengesan Faid yang terkenal dengan kes jenayah rompakan.

Polis menyifatkan suspek sebagai berbahaya kerana memiliki senjata dan bahan letupan.

Bagaimanapun, kesemua warden tersebut dibebaskan di beberapa tempat berasingan dan berada dalam keadaan selamat. - AFP

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan