Presiden Putin Umum Projek Mega AS$50 Bilion Bina Stesen & Kapal Angkasa Masa Depan

Diterbitkan: Sabtu, 13 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MOSCOW: Presiden Vladimir Putin pada Jumaat telah mengumumkan satu projek mega angkasa lepas bernilai AS$50 bilion dalam usaha untuk meletakkan Rusia di peta dunia penerokaan angkasa lepas semula.

Ini termasuklah membina sebuah kosmodrom baru yang akan menyaksikan manusia kembali ke angkasa lepas.

Genap 52 tahun selepas hero Rusia, Yuri Gagarin menjadi manusia pertama terbang ke angkasa lepas, Putin melakukan lawatan rasmi pertama ke Vostochny di Timur Rusia yang menempatkan kosmodrom baru yang akan menjadi tempat berlepasnya semua kapal angkasa pada masa akan datang.

Dari situ Putin telah berkomunikasi dengan para angkasawan yang berada di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) dan presiden Rusia itu berharap mereka akan dapat melancarkan kapal angkasa baru dari Vostochny pada tahun 2015 dan angkasawan pada 2018.

Menurut Putin, Vostochny akan beroperasi sepenuhnya menjelang 2020.

Rusia pada waktu ini masih lagi menggunakan kemudahan di Stesen Angkasa Lepas Baikonur yang terletak di Kazakhstan - tempat yang sama yang melancarkan kapal angkasa Yuri Gagarin ke angkasa lepas.

Namun pertikaian dengan Kazakh berhubung soal tempoh penyewaan tapak angkasa itu telah mendorong kerajaan Rusia membina pusat angkasa mereka yang baru.

Kazakh adalah sebahagian daripada empayar Soviet Union suatu ketika dahulu.

Sementara itu, Putin turut mengumumkan yang bandar angkasa baru yang sedang dibina itu siap dengan kompleks jurutera, pegawai dan saintis akan dikenali dengan nama Tsiolkovsky sebagai menghargai saintis Rusia, Konstantin Tsiolkovsky.

Mendiang adalah pencipta roket pada era Soviet yang membolehkan negara itu menjadi yang pertama di dunia menerokai angkasa lepas.

Menurut Putin lagi, dari tahun 2013-2020, Rusia akan membelanjakan AS$51.8 bilion untuk sektor angkasanya.

Putin menyatakan rasa bimbangnya yang Rusia akan jauh ketinggalan dalam penerokaan angka lepas berbanding negara lain seandainya tiada fokus dan peruntukkan yang cukup diberikan kepada sektor ini sedangkan ia adalah negara peneroka.

Buat masa ini, Rusia masih menggunakan kaedah kapal angkasa Soyuz dan sistem kapsul iaitu sama sepertimana yang digunapakai ketika melancarkan Gagarin ke angkasa.

Ia adalah satu-satunya kaedah yang digunakan untuk menghantar angkasawan ke ISS sejak Amerika Syarikat menghentikan perkhidmatan kapal angkasa ulang-alik.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan