Beijing Sahkan Kes Pertama H7N9 Di Utara China

Diterbitkan: Sabtu, 13 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BEIJING: Beijing mengesahkan seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun dijangkiti selesema burung H7N9, kes pertama seumpamanya di utara China.

Anak kepada pasangan peniaga poltri hidup dari kawasan subbandar di timur laut sebuah penempatan di sini dimasukkan ke Hospital Beijing Ditan selepas menunjukkan simptom selesema seperti demam, batuk, sakit tekak dan sakit kepala pada pagi Khamis, lapor agensi berita Xinhua pada Sabtu.

Kes itu disahkan susulan ujian oleh Pusat Kawalan Penyakit dan Pencegahan China pada awal pagi Sabtu.

Kanak-kanak itu berada dalam keadaan stabil di hospital berkenaan manakala dua individu yang menjaganya sebelum ini tidak menunjukkan simptom selesema, kata jurucakap.

Menurut Suruhanjaya Perancangan Keluarga dan Kesihatan Kebangsaan, setakat ini China mencatatkan 44 kes H7N9 termasuk 11 kematian

Sumber jangkitan masih belum dikenal pasti sejak wabak dikesan pada Mac.- BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan