Ekonomi Singapura Menguncup 0.6 Peratus Dalam Suku Pertama Tahun Ini

Diterbitkan: Jumaat, 12 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SINGAPURA: Berdasarkan kepada unjuran awal, ekonomi Singapura menguncup sebanyak 0.6 peratus bagi asas tahun ke tahun dalam suku pertama 2013, berbanding pertumbuhan 1.5 peratus dalam suku sebelumnya, kata Kementerian Perdagangan dan Industri (MTI).

Bagi asas tahunan diselaras musiman suku ke suku, ekonomi merosot sebanyak 1.4 peratus, turun daripada pertumbuhan 3.3 peratus dalam suku sebelumnya.

Bagi asas tahun ke tahun, sektor pembuatan menguncup sebanyak 6.5 peratus dalam suku pertama, susulan penurunan 1.1 peratus dalam suku sebelumnya.

Bagi asas suku ke suku, sektor itu jatuh sebanyak 11.3 peratus, berbanding peningkatan 3.1 peratus dalam suku sebelumnya.

Kemerosotan itu mencerminkan penguncupan dalam pengeluaran kluster pembuatan bioperubatan.

Sektor pembinaan meningkat 7.0 peratus tahun ke tahun berbanding 5.8 peratus dalam tahun sebelumnya manakala industri perkhidmatan naik sebanyak 1.2 peratus tahun ke tahun susulan pertumbuhan 1.7 peratus dalam suku sebelumnya. BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan