Pembunuh Jalani Hukuman Pancung

Diterbitkan: Rabu, 10 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

RIYADH: Arab Saudi pada Rabu menjalani hukuman pancung ke atas salah seorang rakyatnya, di wilayah Qatif kerana disabitkan kesalahan membunuh seorang lelaki, kata kementerian dalam negeri bagi negara itu.

Ali al-Saeedi menembak mati Ali Abdelhay dalam satu pertikaian, kata satu kenyataan yang disiarkan oleh agensi berita rasmi SPA.

Pelaksanaan hukuman mati mencatatkan seramai 32 di Arab Saudi sejak awal tahun, menurut kiraan AFP.

Kerajaan itu pada 2013 telah menjalankan hukuman mati terhadap 76 orang, menurut AFP berdasarkan perangkaan rasmi.

Pemerhati Hak Asasi Manusia yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS) mencatatkan bilangan 69 orang.

Rogol, bunuh, rompakan bersenjata dan penyeludupan dadah merupakan antara hukuman mati yang dikenakan di bawah undang-undang Syariah di Arab Saudi. - AFP

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan