Pelombong China Terselamat Selepas Terperangkap 60 Jam - Berita Dunia | mStar

Pelombong China Terselamat Selepas Terperangkap 60 Jam

Diterbitkan: Isnin, 8 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BEIJING: Media China melaporkan tiga pelombong yang berjaya diselamatkan terpaksa menghabiskan dua hari setengah selepas terperangkap di bawah tanah berikutan kejadian tanah runtuh di lombong arang batu yang membunuh tiga rakan mereka.

Agensi berita Xinhua berkata, mangsa yang terselamat berjaya ditemui pasukan keselamatan di lombong yang terletak di wilayah Guizhou, awal pagi Isnin.

Mereka kemudian dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut dan dilaporkan stabil.

Sementara itu, tiga lagi pelombong dilaporkan masih hilang. - AP

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan