Presiden Obama Umum Sedia Potong Gaji 5% Setahun

Diterbitkan: Sabtu, 6 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

WASHINGTON: Presiden Barack Obama memperlihatkan sikap kepimpinan melalui teladan apabila beliau membuat keputusan bersedia mengembalikan 5 peratus daripada pendapatan tahunannya kepada Perbendaharaan semula.

Ia adalah sebahagian daripada langkah memperlihatkan solidariti kepada kakitangan kerajaan persekutuan yang berhadapan dengan kemungkinan terpaksa menerima potongan gaji dalam usaha Kongres untuk mengurangkan perbelanjaan kerajaan sehingga AS$85 bilion setahun.

Beratus ribu kakitangan awam berhadapan dengan kemungkinan dikenakan tindakan pemotongan gaji wajib jika Kongres memutuskan ia langkah terbaik untuk menghukum pentadbiran Obama yang gagal mengurangkan hutang negara.

Potongan sebanyak 5 peratus daripada gaji presiden yang berjumlah AS$400,000 setahun atau pun bersamaan dengan AS33,333 sebulan bermakna Obama akan memulangkan AS$20,000 kepada Perbendaharaan.

"Gaji presiden sepertimana juga gaji para anggota Kongres ditentukan oleh undang-undang dan tidak boleh dipinda sesuka hati," kata jurucakap Obama, Jay Carney.

Oleh yang demikian, apa yang boleh dilakukan oleh Obama ialah menerima gaji seperti biasa tetapi kemudian mengeluarkan cek dan menulis sejumlah wang yang ingin dipulangkannya dan diserahkan kepada Jabatan Perbendaharaan.

Sebelum ini, Setiausaha Pertahanan Amerika, Chuck Hagel, telah memberikan komitmen yang sama apabila bersetuju untuk memotong gajinya bersamaan dengan bayaran 14 hari bekerja - sama banyak dengan jumlah hari yang akan dikenakan ke atas kakitangan Jabatan Pertahanan jika Kongres memberi lampu hijau kepada tindakan pemotongan gaji.

Sebenarnya Obama bukanlah presiden pertama yang bersedia mengenakan potongan gaji. Mendiang John F. Kennedy pernah menderma gajinya sebagai presiden kepada beberapa badan amal, kata Stacey Chandler, seorang juru arkib Perpustakaan Presiden John F. Kennedy.

Presiden Amerika yang pertama, George Washington, juga enggan menerima gaji selaku ketua negara tetapi akur dengan tekanan Kongres yang memaksanya menerima bayaran gaji sebanyak $25,000.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan