Dua Pegawai Terbunuh Dalam Letupan Bom Di Selatan Thailand

Diterbitkan: Sabtu, 6 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Dua pegawai maut dalam letupan bom.
Dua pegawai maut dalam letupan bom.

PATTANI (Thailand): Timbalan Gabenor Yala, Issara Thongthawat dan setiausahanya terbunuh dalam serangan bom tepi jalan di Selatan Thailand pada Jumaat.

Polis Wilayah Pattani, Kolonel Charoen Thammakhan, berkata sekumpulan militan disyaki menyembunyikan bom berkenaan dan meletupkannya sejurus gabenor terbabit melalui jalan di daerah Bannang Sata, wilayah Yala.

Setiausaha berkenaan, Chaovalit Chairerk maut di tempat kejadian manakala Issara Thongthawat disahkan meninggal dunia di hospital.

Issara adalah antara pegawai tertinggi Thailand yang terbunuh dalam pemberontakan selepas seorang lagi Timbalan Gabenor Wilayah ditembak mati sembilan tahun lalu.

Sementara itu, Charoen berkata, pemandu kenderaan rasmi timbalan gabenor terbabit cedera teruk dan berada dalam keadaan koma. - AP

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan