Satu Lagi Kes H7N9 Di China

Diterbitkan: Rabu, 3 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BEIJING: China merekodkan satu lagi kes selesema burungH7N9 yang dilapor berlaku di daerah Jiangning di kota Nanjing, timur China, membabitkan seorang wanita berusia 45 tahun.

Hospital Nanjing Gulou mengesahkan kes terbaharu itu menerusi laman rasmi Weibo, iaitu Twitter versi China pada Selasa, selain menambah pesakit kini dikuarantin dan menggesa orang ramai agar tidak panik dengan strain baru selesema burung terbabit.

Berita itu tersebar luas menerusi Weibo selepas seorang staf hospital membocorkan diagnosis pesakit berkenaan menerusi rangkaian sosial tersebut.

Seorang pengguna Weibo menggunakan nama "What's happening in Nanjing" berkata pesakit itu merupakan tukang sembelih poltri di sebuah pasar di Jiangning.

Katanya pesakit mengalami demam dan batuk sebelum dimasukkan ke unit rawatan rapi Hospital Nanjing Gulou pada 24 Mac apabila keadaannya semakin teruk. "Pada 30 Mac doktor mengesahkan dia dijangkiti H7N9 dan dia kemudian dikuarantin," kata pengguna Weibo itu.

China mengesahkan tiga kes jangkitan pertama H7N9 pada 31 Mac dengan dua kematian dilaporkan serta satu kes akut.

Susulan wabak terbabit, Pertubuhan Kesihatan Sedunia bekerjasama rapat dengan kerajaan China bagi memantau keadaan, bagaimanapun masih belum dapat dipastikan bagaimana pesakit dijangkiti virus berkenaan. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan