Gempa Sederhana Melanda Laut Banda, Indonesia - Berita Dunia | mStar

Gempa Sederhana Melanda Laut Banda, Indonesia

Diterbitkan: Rabu, 3 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Satu gempa bumi sederhana bermagnitud 5.5pada skala Richter melanda Laut Banda, Indonesia pada 11.13 malam Selasa.

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan berkata pusat gempa terletak 446 kilometer di tenggara Ambon, Indonesia dan 1,744 kilometer tenggara Semporna, Sabah.

Tiada ancaman tsunami dikeluarkan. -BERNAMA

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan