OIC Cadang Anjur Mesyuarat Menteri Luar Bincang Keganasa Etnik Rohingya

Diterbitkan: Isnin, 1 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC)bercadang menganjurkan mesyuarat Menteri-Menteri Luar pada 14 April ini bagi membincangkan isu keganasan terhadap umat Islam Rohingya di Myanmar.

Setiausaha Agung OIC Ekmeleddin Ihsanoglu, dalam satu kenyataan, berkata mesyuarat itu bertujuan memperoleh keyakinan penduduk Rohingya serta komuniti antarabangsa bagi memenuhi janjinya.

Pada mesyuarat kumpulan penghubung berkaitan Rohingya, yang diadakan di ibu pejabat OIC di Jeddah pada Sabtu, Ihsanoglu berkata pertubuhan itu dan negara anggotanya akan menyokong umat Islam di Myanmar serta menangani isu berkenaan.

Beliau berkata mesyuarat kumpulan itu diadakan berikutan keganasan terbaharu terhadap umat Islam di Myanmar dan bagi mencari penyelesaian berhubung isu etnik, OIC perlu membawa perkara berkenaan ke forum antarabangsa.

Ihsanoglu turut menggesa anggota kumpulan penghubung agar mewujudkan saluran perhubungan dengan masyarakat antarabangsa bagi melaksana syor yang dicapai pada Sidang Kemuncak Luar Biasa OIC di Mekah, Arab Saudi pada Ogos tahun lepas. Pada mesyuarat itu, 57 negara anggota OIC mengutuk keganasan berterusan pihak berkuasa Myanmar terhadap anggota kumpulan minoriti berkenaan serta keengganan mereka mengiktiraf hak umat Islam Rohingya untuk kewarganegaraan, dan memutuskan untuk membawa perkara tersebut ke Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Ihsanoglu turut melahirkan kesanggupan memberi sokongan yang diperlukan bagi memperbaiki keadaan kumpulan minoriti itu, termasuk bantuan bagi mengembalikan hak mereka yang sah dan kembali ke tanah air mereka.

Rohingya pada asasnya terdiri daripada umat Islam yang tinggal di kawasan Arakan. Setakat tahun ini, kira-kira 800,000 orang Rohingya tinggal di Myanmar, dan menurut PBB, mereka antara golongan minoriti yang paling teraniaya di dunia.

Keganasan yang meletus pada Jun tahun lepas di negeri Rakhine antara penganut agama Buddha dan umat Islam Rohingya menyebabkan kira-kira 80 orang maut manakala lebih 100,000 lagi hilang tempat tinggal serta memerlukan bantuan makanan, perlindungan dan perubatan.

Beberapa laporan memetik polis sebagai berkata rusuhan meletus lagi di Meikhtila, 540 kilometer (336 batu) di utara Yangon pada 21 Mac lepas berpunca daripada pertengkaran antara satu pasangan beragama Buddha dan pemilik kedai emas beragama Islam yang kemudian merebak serta membabitkan ratusan orang.

Ini mendorong kerajaan Myanmar menguatkuasakan undang-undang tentera di kawasan berkenaan tiga hari kemudian bagi menghentikan kekacauan yang meragut 11 nyawa, berdasarkan angka rasmi kematian. -BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan