2 Juruterbang Terbunuh Nahas Pesawat Terhempas - Berita Dunia | mStar

2 Juruterbang Terbunuh Nahas Pesawat Terhempas

Diterbitkan: Isnin, 1 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BEIJING: Kementerian Pertahanan China mengesahkan dua juruterbang tentera udara terbunuh apabila pesawat Su-27 buatan Rusia terhempas ketika latihan.

Kementerian itu berkata dalam satu kenyataan pada Isnin bahawa pesawat itu terhempas di pantai berhampiran bandar Rongcheng di wilayah utara Shandong.

Katanya, tiada laporan kerosakan atau kecederaan berlaku ke atas penduduk sekitar. AP

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan