Bekas Menteri Luar Britain David Miliband Bersara Dari Politik Untuk Terima Tawaran Lumayan Sebagai Presiden IRC

Diterbitkan: Jumaat, 29 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

David Miliband
David Miliband

LONDON: Bekas Menteri Luar Britain, David Miliband yang tiga tahun lalu dilihat sebagai bakal calon perdana menteri dari Parti Buruh telah membuat satu keputusan drastik - untuk tinggalkan politik dan menerima tawaran berkhidmat dengan sebuah badan antarabangsa berpusat di New York.

David Miliband, 46, telah menerima tawaran untuk mengepalai International Rescue Committee (IRC) sebuah badan bantuan kecemasan antarabangsa dengan bayaran gaji jauh lebih tinggi daripada Presiden Barack Hussein Obama.

Beliau dijangka menerima gaji sebanyak £300,000 setahun – iaitu lima kali ganda pendapatannya sebagai ahli parlimen Parti Buruh.

David turut mengumumkan perletakan jawatannya sebagai ahli parlimen untuk menerima tawaran baru itu.

Karier politik Miliband berubah apabila beliau ditewaskan oleh adiknya sendiri, Edward Miliband, 43, sebagai ketua Parti Buruh yang baru dalam pemilihan parti itu pada tahun 2010.

Ini kerana dari segi pengalaman dan populariti, David jauh lebih popular dari adiknya Ed.

Bagaimanapun blok perwakilan yang mewakili kesatuan sekerja telah berpaling tadah dan mengundi Ed apabila pemilihan masuk pusingan kedua selepas pusingan pertama tidak muncul pemenang yang jelas.

Kekalahan itu telah mendorong David untuk mengumumkan yang beliau tidak berhasrat terus aktif dalam politik melainkan kekal sebagai ahli parlimen biasa.

Kini, David nampaknya telah benar-benar merajuk dan mahu melupakan politik sepenuhnya dengan menerima tawaran lumayan dari IRC.

Sejak tidak lagi menjadi sebahagian daripada kerajaan (Parti Buruh tewas kepada Parti Konservatif dan Liberal dalam pilihan raya Britain pada tahun 2010) David telah menerima bayaran yang lumayan iaitu tidak kurang dari £1 juta setahun melalui perkhidmatan profesional dan ucapan di peringkat antarabangsa yang diberikannya disamping pendapatannya sebanyak £65,000 setahun selaku ahli parlimen.

Beliau dikatakan menerima bayaran sehingga £20,000 untuk memberi ucapan dalam mana-mana persidangan dan seminar antarabangsa di serata dunia.

David juga dibayar sehingga £64,400 selaku penasihat di Kementerian Luar United Arab Emirates dan £90,000 daripada sebuah firma tenaga Amerika, Vantage-Point untuk perkhidmatan perundingan dalam bidang guna tenaga antarabangsa.

Di samping gaji yang lumayan, IRC juga akan menawarkan pakej rawatan kesihatan yang lumayan kepada David, pencen bebas dari cukai sebanyak £22,000 setahun dan beberapa lagi faedah peribadi.

IRC enggan menyatakan dengan jelas berapakah bayaran gaji yang bakal diterima oleh David tetapi presiden IRC sebelum ini menerima gaji sebanyak £295,000 setahun.

Dana IRC sebahagian besarnya disumbangkan oleh geran yang dikumpulkan daripada derma orang ramai dan sejumlah £110 juta telah disumbangkan oleh rakyat British dalam tempoh 10 tahun lalu. Selebihnya iaitu sebanyak £260 juta lagi disumbangkan oleh pembayar cukai warga Amerika.

Amat jelas sekali IRC melantik David dengan harapan, hubungannya yang luas di peringkat antarabangsa ketika menjadi menteri luar Britain dahulu akan dapat digunakan untuk mencari sumber dana baru badan itu.

Dengan tugas baru ini juga bermakna David Miliband akan mengetuai sebuah pertubuhan dengan kekuatan 12,000 staf di seluruh dunia dan berkuasa untuk membelanjakan sekurang-kurangnya £240 juta menerusi program-program bantuan kecemasannya setiap tahun.

IRC, diasaskan hasil daripada cadangan Albert Einstein pada 1933, menghulurkan bantuan khas kepada pelarian-pelarian perang dari negara-negara seperti Syria, Afghanistan dan Haiti.

Ia adalah sebuah pertubuhan yang mempunyai reputasi yang tinggi dan dihormati di peringkat antarabangsa dengan pemegang amanahnya termasuklah bekas Setiausaha Negara Amerika, Henry Kissinger dan bekas Setiausaha Agung PBB, Kofi Annan.

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan