Penggabungan American Airlines, US Airways Dilulus

Diterbitkan: Khamis, 28 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

NEW YORK: Mahkamah Amerika Syarikat (AS) meluluskan penggabungan syarikat penerbangan American Airlines dan US Airways, yang menyaksikan pengwujudkan syarikat penerbangan terbesar di negara itu.

Jurucakap AMR Corp, syarikat induk firma berkenaan berkata, mahkamah bagaimanapun belum memutuskan mengenai pembayaran pampasan berjumlah AS$19.9 juta kepada Ketua Eksekutif (CEO) AMR, Tom Horton yang hilang jawatan berikutan penggabungan itu. "Mahkamah sudah meluluskkan penggabungan itu," kata jurucakap berkenaan, Casey Norton.

Penggabungan berkenaan turut menyaksikan nama American Airlines dikekalkan dan firma itu akan diketuai CEO US Airways, Doug Parker. - AFP

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan