Protes Hantar Tentera: Menteri Luar Itali Letak Jawatan

Diterbitkan: Rabu, 27 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ROM: Menteri Luar Itali, Giulio Terzi mengumumkan peletakan jawatannya sebagai protes berhubung penghantaran semula tentera Itali ke India bagi menghadapi perbicaraan kes bunuh, minggu lalu.

"Saya meletakkan jawatan setelah berselisih pendapat tentang keputusan untuk menghantar kembali tentera marin Itali ke India.

"Ia juga kerana selama 40 tahun saya telah mengekalkan dan masih dengan keputusan bahawa reputasi negara, pasukan tentera dan diplomasi Itali perlu dilindungi," katanya di Parlimen Itali. - AFP

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan