Gempa Bumi Kuat Gegar Taiwan - Berita Dunia | mStar

Gempa Bumi Kuat Gegar Taiwan

Diterbitkan: Rabu, 27 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Pengarah Pusat Seismologi Taiwan, Kuo Kai-wen, bercakap kepada pemberita di Biro Kaji Cuaca di Taipei pada Rabu.Satu gempa bumi kuat menggegarkan seluruh Taiwan hingga menyebabkan kira-kira 20 orang cedera dalam kejadian tersebut. - Foto AFP
Pengarah Pusat Seismologi Taiwan, Kuo Kai-wen, bercakap kepada pemberita di Biro Kaji Cuaca di Taipei pada Rabu.Satu gempa bumi kuat menggegarkan seluruh Taiwan hingga menyebabkan kira-kira 20 orang cedera dalam kejadian tersebut. - Foto AFP

TAIPEI: Satu gempa bumi kuat menggegarkan seluruh Taiwan pada Rabu, hingga menyebabkan kira-kira 20 orang cedera dalam kejadian tersebut, kata pasukan keselamatan.

Pusat Cuaca Biro berkata, gempa itu berukuran 6.1 magnitud berlaku pada pukul 10.03 pagi (0203 GMT).

Gegaran dirasai di kawasan luar bandar Nantou County, kira-kira 48 kilometer selatan bandar raya, Taipei.

Agensi Bomba dan Penyelamat Kebangsaan berkata sekurang-kurangnya 20 orang cedera ringan di Nantou dan bandar Changhua serta Taichung ketika gempa berlaku.

Kejadian tersebut turut menyebabkan kebakaran di Nantou dan ia telah berjaya dipadamkan.

Agensi berkenaan turut menerima lima laporan orang awam terperangkap dalam lif ketika kejadian gempa namun mereka berjaya menyelamatkan diri selepas itu.

Sementara itu, stesen televisyen berita kabel, SET TV turut menunjukkan rakaman video seorang wanita di bawa keluar menaiki ambulans selepas kepalanya dihempap siling bumbung yang runtuh akibat gegaran yang berlaku di Nantou.

Syarikat transit aliran laju Taiwan berkata mereka telah menggantung semua perjalanan kereta api laju atas faktor keselamatan dan sistem metro di bandar raya Taipei turut digantung sementara.

Rakaman video turut memaparkan kebanyakan bangunan bergegar sementara pelajar sekolah di Nantou turut melarikan diri daripada kelas mereka ketika kejadian gempa berlaku.

Wilayah Nantou pernah dilanda gempa bumi berukuran 7.6 magnitud pada September 1999 yang meragut nyawa 2,400 orang sekaligus menjadikan ia bencana alam paling buruk pernah berlaku di Taiwan.

Taiwan yang terletak berhampiran dengan pertembungan dua plat tektonik sering dilanda gempa bumi.

- AP

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan