Aquino Mahu Teliti Dokumen Tuntutan Ke Atas Sabah

Diterbitkan: Rabu, 27 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Benigno Aquino III
Benigno Aquino III

MANILA: Presiden Filipina, Benigno Aquino III berkata, meskipun laporan undang-undang berkaitan tuntutan ke atas Sabah telah diperolehi, tetapi beliau tetap mahu dokumen itu diteliti dan dirundingkan terlebih dahulu sebelum mengambil langkah seterusnya.

"Laporan itu perlu melalui beberapa proses. Agensi-agensi berkaitan perlu mengemukakan pendapat masing-masing terlebih dahulu," kata Aquino kepada wartawan ketika menghadiri ulang tahun kelima penubuhan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Filipina di Pasay City, pada Selasa.

Satu panel diketuai Setiausaha Kehakiman, Leila de Lima telah menghantar laporan kepada beliau mengemukakan cadangan dari sudut undang-undang berhubung tuntutan tersebut.

Namun Aquino berkata, beliau masih belum melihat laporan itu.

De Lima berkata, dia telah menghantar laporan itu ke Istana Malacanang pada Jumaat, lalu.

Menurut Aquino, buat masa ini beliau menumpukan perhatian kepada perkara penting lain seperti pelantikan pegawai di agensi kerajaan yang tamat pada 29 Mac ini, selain kajian semula atau harapan menandatangani 290 rang undang-undang yang diluluskan oleh Kongres.

Sementara itu, Aquino mengarahkan rundingan damai dengan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) ditangguhkan ke bulan depan, tetapi menegaskan bahawa rundingan itu masih berterusan meskipun berlaku pencerobohan ke atas Sabah.

Rundingan itu dijadual diadakan di Malaysia semalam, namun beliau mengarahkan supaya rundingan rasmi kali ke-37 itu ditangguhkan ke bulan depan bagi membolehkan kerajaan meneliti baki isu-isu pemilikan dalam perjanjian damai itu.

Kerajaan Filipina dan MILF bersetuju mengadakan rundingan itu pada minggu kedua bulan depan.

Kedua-dua pihak setakat ini hanya mengadakan 'mesyuarat khas', menurut satu kenyataan bersama yang ditandatangani Pengerusi Panel Damai Filipina, Miriam Coronel-Ferrer dan rakan sejawat daripada MILF, Mohagher Iqbal.

"Mesyuarat khas itu berakhir dengan komitmen kedua-dua pihak untuk terus berunding secara cekap dan pantas," kata kenyataan itu yang dipetik agensi berita Xinhua, hari ini.

Dalam rundingan pada bulan depan, kedua-dua pihak dijangka membincangkan penubuhan Pasukan Pemantau Pihak Ketiga (TPMT), Suruhanjaya Bebas bagi Pengawalan (ICP), persidangan Suruhanjaya Peralihan dan Bidang Tugas Pasukan Petugas Sajahatra Bangsamoro. - AGENSI

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130327/lu_04/Teliti-dokumen-Sabah---Aquino#ixzz2OhoTIvYv © Utusan Melayu (M) Bhd

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan