Tujuh Pengebom Berani Mati Serang Pangkalan Polis Afghanistan

Diterbitkan: Selasa, 26 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JALALABAD, Afghanistan: Sekumpulan tujuh pengebom berani mati menyerang sebuah pangkalan polis di bandar Jalalabad pada Selasa, mengorbankan seramai lima pegawai, kata polis.

Seorang pengebom melepaskan letupan besar di pintu masuk ibu pejabat polis sebelum dua pengebom meletupkan diri mereka dalam bangunan itu, dan empat yang lain mati dalam satu pertempuran bersenjata dengan anggota polis.

“Yang pertama melepaskan letupan daripada sebuah kereta, dua yang lain memasuki pangkalan dan meletupkan diri mereka sendiri, dan baki empat daripada mereka ditembak mati,” kata jurucakap polis wilayah Nangarhar, Hazrat Hussain Mashriqiwal kepada AFP.

Puak militan Taliban dengan segera mendakwa bertanggungjawab terhadap serangan itu, mendakwa ia menyasarkan “guru-guru asing dan rakyat Israel” yang melatih polis Afghanistan di pangkalan di Jalalabad, Nangarhar.

“Terdapat bilangan kecederaan dan kematian yang besar di kalangan polis,” kata kumpulan itu. - AFP

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan