Tanah Runtuh Di Indonesia: Enam Maut, 18 Hilang

Diterbitkan: Selasa, 26 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JAKARTA: Seramai enam orang maut dan 18 yang lain hilang pada Isnin selepas mereka tertimbus dalam tanah runtuh akibat hujan lebat di kepulauan Jawa di Indonesia, kata pegawai bencana.

“Hujan lebat pada awal pagi ini di daerah Bandung Barat mengakibatkan tanah runtuh,” kata jurucakap agensi pengurusan bencana kebangsaan, Sutopo Purwo Nugroho.

“Enam orang ditemui terbunuh dan 18 orang lagi masih tertimbus,” katanya, sambil menambah bahawa sebanyak sembilan rumah turut musnah akibat kejadian itu.

Banjir dan tanah runtuh merupakan kebiasaan yang berlaku di Indonesia, yang disebabkan oleh hujan lebat yang begitu kerap. - AFP

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan