New Zealand Larang Pelajar Asing Jadi Pelacur

Diterbitkan: Isnin, 25 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

WELLINGTON: Pelajar antarabangsa yang menuntut di New Zealand, di sebuah negara yang membenarkan aktiviti pelacuran telah dilarang untuk bekerja dalam dagangan seks.

Sebuah laman web imigresen kerajaan, www.nzstudywork.com pada Isnin berkata, pelajar luar negara mempunyai hak bekerja yang sama seperti rakyat New Zealand, tepai terdapat senarai pekerjaan yang mereka tidak boleh melakukannya.

Pelajar asing “tidak boleh menyediakan perkhidmatan seksual komersial. Dalam erti kata lain, mereka tidak boleh bekerja sebagai pelacur, atau bertindak sebagai operator dalam perniagaan pelacuran di New Zealand atau membuat pelaburan dalam perniagaan pelacuran”, kata laman web itu.

Pengurus besar Imigresen New Zealand, Stephen Dunstand berkata, perundangan New Zealand tidak menghalang para pelajarnya untuk bekerja sebagai ahli terapi untuk urutan.

Pelacuran bukan lagi satu jenayah pada tahun 2003.

Terdapat kira-kira 70,000 pelajar asing di New Zealand, di mana kebanyakannya melakukan kerja separuh masa untuk menampung perbelanjaan mereka. - AFP

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan