Monetary Authority Of Singapore Sangkal 'Sting Video' - Berita Dunia | mStar

Monetary Authority Of Singapore Sangkal 'Sting Video'

Diterbitkan: Sabtu, 23 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SINGAPURA: Video kontroversi mendakwa penyelewengan membabitkan Ketua Menteri Sarawak dan keluarganya serta dakwaan mereka menyembunyikan hasil haram itu di Singapura, menerima reaksi tegas daripada Monetary Authority of Singapore.

Akhbar tempatan, The Straits Times melaporkan bank pusat itu berkata, dakwaan sting video bahawa kerajaan Singapura merahsiakan maklumat kewangan daripada pihak berkuasa Malaysia adalah palsu.

Katanya, Singapura menyediakan laporan penuh seperti yang diminta Malaysia bagi tujuan cukai dan kedua-dua negara mempunyai hubungan kerja yang baik berhubung percukaian.

"Dakwaan itu palsu," kata bank berkenaan.

"Bertentangan dengan dakwaan dalam video itu, Singapura setakat ini menyalurkan maklumat penuh yang dipohon Malaysia bagi tujuan percukaian."

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan