Helikopter Terhempas: 4 Maut di Sydney

Diterbitkan: Khamis, 21 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SYDNEY: Empat penumpang maut apabila sebuah helikopter terhempas berdekatan Bandaraya Sydney, pada Khamis.

Jurucakap polis New South Wales, Sarjan Dave Rose, berkata sesuatu perkara pelik berlaku ketika helikopter berkenaan cuba mendarat tengah hari Khamis.

Beliau berkata, helikopter berkenaan terhempas di kawasan hutan hujan Bulli Tops, kira-kira 60 kilometer di selatan Sydney.

Rose berkata, pasukan penyiasat sudah dikejarkan ke tempat kejadian bagi mengenal pasti punca kemalangan itu.

Syarikat pengendali pesawat persendirian, Bankstown Helicopters mengesahkan helikopter yang terhempas itu adalah jenis Robinson R44. - AP

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan