Aktor India Sanjay Dutt Dijatuhi Hukuman Penjara Miliki Senjata Secara Haram - Berita Dunia | mStar

Aktor India Sanjay Dutt Dijatuhi Hukuman Penjara Miliki Senjata Secara Haram

Diterbitkan: Khamis, 21 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Sanjay Dutt ketika meninggalkan mahkamah khas pada 2006 selepas perbicaraan dakwaan memiliki senjata secara haram yang dikaitkan dengan pengeboman di Mumbai pada 1993. -foto AP
Sanjay Dutt ketika meninggalkan mahkamah khas pada 2006 selepas perbicaraan dakwaan memiliki senjata secara haram yang dikaitkan dengan pengeboman di Mumbai pada 1993. -foto AP

NEW DELHI: Mahkamah Agung India menjatuhkan hukuman lima tahun penjara terhadap pelakon Bollywood Sanjay Dutt atas kesalahan memiliki senjata secara haram dalam kes berkaitan pengeboman pada 1993 yang membunuh seramai 257 orang di Mumbai.

Mahkamah, pada Khamis mengarahkan Dutt menyerah diri kepada pihak polis dalam tempoh empat minggu atas pertuduhan memiliki pistol dan tiga senapang automatik yang telah dibekalkan kepadanya oleh lelaki yang kemudiannya disabitkan dengan satu siri pengeboman.

Kes pelakon ini adalah sebahagian daripada perbicaraan pengeboman di Mumbai yang telah berlarutan selama 18 tahun.

Dutt berkata tidak tahu apa-apa tentang plot pengeboman dan meminta senjata untuk melindungi keluarganya selepas menerima ancaman semasa rusuhan puak di Mumbai.

Dutt telah menjalani hukuman penjara 18 bulan pada tahun 2007.

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan