32 Maut Bas Terjunam Bawah Jambatan

Diterbitkan: Rabu, 20 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MUMBAI: Kira-kira 32 orang maut manakala 13 lagi cedera parah apabila sebuah bas terjunam ke bawah jambatan di negeri Maharashtra, India Barat pada Selasa.

"Bas tersebut dalam perjalanan dari Goa ke Mumbai sebelum pemandunya tiba-tiba hilang kawalan," kata seorang pegawai polis.

Kemalangan yang berlaku sebelum subuh di daerah Khed, kira-kira 350 kilometer dari selatan ibu kota Mumbai.

Kebanyakan mereka yang cedera termasuk pemandu bas mengalami kecederaan di kepala dan tangan.

Kesemuanya mendapat rawatan di sebuah hospital di negeri tersebut.

Media melaporkan bahawa terdapat beberapa pelancong asing yang menaiki bas terbabit tetapi tiada pengesahan segera dari pihak polis.

Seramai 110,000 orang dilaporkan terbunuh akibat kemalangan jalan raya di India pada 2011 dengan lebih 300 kemalangan setiap hari.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan