Sri Lanka Buka Lapangan Terbang Antarabangsa Kedua

Diterbitkan: Selasa, 19 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

COLOMBO, Sri lanka: Presiden Sri Lanka, Mahinda Rajapaksa membuka lapangan terbang antarabangsa kedua dengan kos AS$209 juta (RM654.69 juta).

Ia dinamakan sebagai Lapangan Terbang Mattala Rajapaksa sempena nama Presiden itu, yang secara rasmi dibuka pada Isnin di daerah asalnya di Hambantota, kira-kira 165 kilometer dari tenggara ibu negara, Colombo.

Dibina menggunakan pembiayaan China, lapangan terbang itu itu pada permulaan mempunyai kapasiti seramai sejuta penumpang setahun.

Ia boleh mengendalikan pergerakan 30,000 pesawar dan 45,000 metrik tan kargo setahun.

Pegawai berharap ia dapat membuka kepulauan itu kepada sektor pelancongan.

Selepas berakhirnya perang saudara di negara itu pada 2009, kerajaan di bawah pimpinan Rajapaksa telah membuat pelaburan yang cukup banyak dalam pembangunan infrastruktur, dengan memberi penekanan yang lebih istimewa pada daerahnya.

Lapangan terbang itu merupakan yang projek pembangunan ketiga di Hambantota selepas sebuah bandar pelabuhan dan stadium kriket antarabangsa. - AP

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan