Gunung Berapi Tangkuban Parahu Kembali Dibuka Kepada Pelawat

Diterbitkan: Selasa, 19 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JAKARTA: Pihak berkuasa Indonesia menarik balik status amaran terhadap gunung berapi Tangkuban Parahu di Jawa Barat, sekali gus membolehkan kawasan itu dibuka semula kepada pelawat selepas hampir sebulan ditutup.

Gunung berapi yang terletak 20 kilometer ke utara kota Bandung itu dinasihatkan ditutup kepada pelawat susulan peningkatan aktiviti di kawah Ratu yang turut mengeluarkan gas beracun pada tahap berbahaya kepada manusia.

Ketua Pusat Volkanologi dan Mitigasi Bencana Geologi (PVMBG), Badan Geologi Indonesia, Surono berkata penurunan status amaran waspada itu kepada status normal bermula pukul 4.30 petang Isnin setelah pihaknya berpuas hati dengan keadaan semasa gunung berapi berkenaan.

Keputusan itu dibuat berdasarkan hasil pengamatan kejadian gempa bumi, deformasi, visual, pengukuran gas, suhu kawah dan tanah serta analisis data, katanya.

Sungguhpun Tangkuban Paruhu sudah boleh dilawati, PVMBG mengesyorkan supaya pengunjung dilarang turun ke dasar kawah Ratu dan kawah Upas, atau menginap dalam kawasan kawah-kawah aktif di kompleks pelancongan Gunung Tangkuban Parahu demi keselamatan mereka.

Gunung Tangkuban Parahu merupakan gunung berapi aktif yang mempunyai sembilan buah kawah.

Dua kawah utamanya yang terletak di puncak iaitu kawah Ratu dan kawah Upas, masing-masing mempunyai diameter 1,000 meter dengan kedalaman 400 meter, menjadi tumpuan pengunjung. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan