Artis Dangdut Julia Perez Jalani Hukuman Di Penjara Pondok Bambu

Diterbitkan: Selasa, 19 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JAKARTA: Penyanyi dangdut dan pelakon Julia Perez pada Selasa menjalani hukuman penjara tiga bulan di Penjara Pondok Bambu di sini kerana kesalahan mencederakan rakan artis, Dewi Persik.

Artis seksi yang popular dengan nama Jupe itu dilihat mengenakan pendakap leher ketika dibawa ke penjara itu tengah hari ini dari Pejabat Pendakwa Raya Daerah Jakarta Timur, di mana beliau ditempatkan sementara sejak malam Isnin.

Jupe atau nama sebenarnya Yuli Rahmawati, dibawa ke Pejabat Pendakwa Raya dari kediamannya di kawasan perumahan Raffles Hills Cluster Spring, Cibubur, Jakarta Timur, malam Isnin.

Artis kontroversi itu sebelum ini dua kali gagal menyerah diri ke pejabat itu pada 14 dan 25 Februari lalu untuk menjalani hukumannya.

Jupe dihukum penjara tiga bulan oleh mahkamah selepas didapati bersalah mencederakan penyanyi dangdut Dewi Persik (nama popular Depe) di lokasi penggambaran filem Arwah Goyang Kerawang pada 2010.

Perbuatan itu dilakukan ketika mereka berdua sedang melakonkan satu adegan pergaduhan dalam filem seram itu.

Dewi Persik yang turut dijatuhkan hukuman penjara dua bulan oleh mahkamah kerana terlibat dalam pergaduhan itu, belum lagi menjalani hukumannya. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan