Lima Lelaki Di India Mengaku Rogol Wanita Switzerland

Diterbitkan: Isnin, 18 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

NEW DELHI: Lima lelaki telah ditangkap dan mengaku merogol seorang wanita Switzerland yang diserang ketika berbasikal dengan suaminya di tengah-tengah India, kata polis.

Dua lagi suspek masih dicari, kata D.K. Arya, pegawai kanan polis.

Lima lelaki yang ditangkap di Datia pada Ahad adalah dari kampung berhampiran di mana serangan itu berlaku pada malam Jumaat ketika pasangan itu berkhemah di hutan di daerah Datia, negeri Madhya Pradesh.

Pasangan itu memberitahu polis bahawa wanita itu telah dirogol oleh tujuh atau lapan lelaki, tetapi memandangkan suasana gelap mereka tidak dapat memastikan bilangan yang tepat, kata Arya.

Suaminya juga telah diserang oleh kumpulan lelaki terbabit.

Wanita berkenaan yang berusia 39 tahun telah telah dirawat di sebuah hospital di bandar berdekatan Gwalior Sabtu lalu dan telah dibenarkan keluar, kata polis.

Arya berkata pasangan itu dalam perjalanan menuju ke ibu negara India, New Delhi, kira-kira 400 kilometer (250 batu) ke utara, pada Ahad.

Serangan ini menjadi tajuk muka depan dalam akhbar-akhbar India dan berlaku selepas tiga bulan kejadian rogol berkumpulan terhadap wanita menaiki bas di New Delhi yang membawa maut serta mendorong kemarahan wanita dalam masyarakat India dan sistem keadilan negara.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan