Rakyat Perancis Menentang Perubahan Pencen, Cukai Diesel – Kaji Selidik

Diterbitkan: Ahad, 17 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PARIS: Kebanyakan rakyat Perancis menentang inflasi yang meningkat bagi pencen sektor swasta, kata kaji selidik pada Sabtu, yang menyaksikan cabaran yang dihadapi oleh kerajaan menyediakan perubahan lebih meluas terhadap sistem pencen.

Kira-kira 75 peratus responden menolak tawaran itu pada Rabu yang mana kesatuan sekerja dan majikan bersetuju untuk menyesuaikan pencen sektor iaitu kurang daripada kadar inflasi, kata kaji selidik Ifop untuk akhbar Journal du Dimanche.

Perjanjian itu dilihat sebagai ujian bagi peluang kerajaan untuk membuat perubahaan yang sama kepada sistem yang lebih luas apabila ia memperkenalkan pembaharuan pada Julai untuk mengekang defisit pencen keseluruhan tahunan yang ditetapkan akan mencecah 20 bilion Euro (RM81.60 bilion) menjelang 2020.

Kaji selidik itu dijalankan ke atas 1,500 orang pada 14 dan 15 Mac, yang turut menunjukkan bahawa hampir tiga perempat daripada responden akan menentang kenaikan cukai pada diesel, yang merupakan satu lagi langkah untuk memperbaiki kekurangan fiskal seperti yang dicadangkan oleh juruaudit kerajaan.

Sebarang kenaikan cukai akan menjadi satu langkah kontroversi di sesebuah negara di mana diesel untuk 80 peratus penggunaan bahan api di jalan raya, dan menteri-menteri menegaskan perkara itu tidak akan berlaku pada tahun ini. - REUTERS

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan