Ani Yudhoyono Bukan Calon Ketua Umum Parti Demokrat

Diterbitkan: Sabtu, 16 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JAKARTA: Parti Demokrat yang diasas Presiden Sosilo Bambang Yudhoyono akan mengadakan kongres luas biasa dalam masa terdekat untuk memilih Ketua Umum baharu, namun Wanita Pertama Ibu Ani Yudhoyono dan anak beliau Edhie Baskoro Yudhoyono (Ibas) telah dinyatakan bukan antara calonnya.

Timbalan Ketua Majlis Penasihat parti itu Marzuki Alie berkata Presiden Yudhoyono telah menyatakan bahawa Ketua Umum baharu yang akan memimpin parti itu bukan dari keluarganya. Calon ketua umum itu juga bukan merupakan orang luar yang baharu dibawa masuk ke dalam parti, katanya di sini, Jumaat.

Jawatan ketua umum demokrat menjadi kosong berikutan peletakan jawatan Anas Urbaningrum baru-baru ini setelah beliau ditetapkan sebagai suspek kes rasuah yang membabitkan projek pembinaan kompleks sukan Bukit Hambalang di Bogor.

Parti Demokrat kini berusaha memperbaiki imej buruk ekoran penahanan dua pemimpin parti itu yang kemudian dihukum penjara kerana terlibat dengan rasuah. Presiden Yudhoyono kini menyandang jawatan Ketua Majlis Penasihat Parti Demokrat manakala anaknya, Ibas adalah Setiausaha Agung parti.

Ibu Ani Yudhoyono, yang juga bekas Timbalan Ketua Umum parti itu, serta Ibas sebelum ini disebut-sebut sebagai antara nama yang dicadang oleh kalangan pemimpin Demokrat bagi mengisi jawatan ketua umum.

Marzuki, yang juga Ketua Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) Indonesia, merupakan seorang daripada calon ketua umum parti itu pada pemilihan lepas namun kalah kepada Anas.

Kali ini, Marzuki disebut lagi sebagai antara calon bagi mengisi jawatan itu pada kongres luar biasa parti selain Timbalan Setiausaha Agung parti Saan Mustofa. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan