Bom Kawalan Jauh Diletupkan Dipintu Sebuah Pejabat Stesen Televisyen Di Karachi

Diterbitkan: Jumaat, 15 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KARACHI: Selepas wilayah Kashmir India diletakkan dalam perintah berkurung ekoran kejadian serangan ke atas anggota keselamatan yang mengakibatkan lima orang terbunuh, sebuah bom kawalan jauh pula diletupkan di sebuah pejabat rangkaian televisyen di Karachi, Pakistan mengorbankan tiga nyawa.

Bom tersebut telah diletakkan di dalam sebuah beg yang ditinggalkan di pintu masuk ke stesen televisyen kabel tersebut.

Lima lagi dilaporkan cedera.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan