BlackBerry Z10 Dilancar Di Indonesia

Diterbitkan: Jumaat, 15 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BBZ10
BBZ10

JAKARTA: BlackBerry pada Jumaat melancarkan model telefon pintar terbarunya - Z10 - di Indonesia.

Indonesia adalah pasaran ketiga terbesar di dunia untuk BlackBerry pada saat pengeluar telefon bimbit itu semakin kehilangan pelanggan kepada dua pesaing terdekatnya - Apple dan Samsung.

Sebelum Indonesia, BlackBerry telah melancarkan Z10 di Britain dan Kanada pada awal tahun ini.

Pelancaran berikutnya dijadualkan berlangsung di Amerika Syarikat minggu depan.

BlackBerry adalah produk keluaran Kanada dan kini berharap yang Z10 akan mengubah nasib mereka untuk kembali kukuh di pasaran selepas semakin ramai pelanggan setianya beralih kepada Apple dan Samsung.

Namun di Indonesia, pengguna telefon bimbit dan pintar masih lagi setia bersama BlackBerry.

Di luar Britain dan Amerika, Indonesia adalah pengguna terbesar BlackBerry.

Khamis lalu, Samsung melancarkan model terbarunya Galaxy S4 dan menjelang April Samsung menjangkakan S4 akan memasuki pasaran di 155 buah negara di seluruh dunia.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan