Xi Jinping Kini Sah Presiden Baru Republik Rakyat China

Diterbitkan: Khamis, 14 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BEIJING: Parlimen China pada Khamis secara rasminya menamakan Xi Jinping (gambar) sebagai presiden negara itu - empat bulan selepas beliau mengambil alih kepimpinan Parti Komunis China.

Selaku setiausaha agung Parti Komunis China, Jinping juga secara automatik menyandang jawatan pengerusi Majlis Angkatan Tentera.

Di bawah sistem komunis China, pasukan tentera adalah milik parti dan bukannya negara. Lebih kurang 3,000 perwakilan mengundi untuk mengesahkan pelantikan Jinping sebagai presiden baru negara tersebut.

Beliau mengantikan Hu Jintao, yang tamat tempoh berkhidmat selepas 10 tahun berada di puncak kuasa.

China memilih setiausaha agung parti, presiden negara dan perdana menteri setiap 10 tahun sekali.

Daripada jumlah itu, 2,952 mengundi untuk mengesahkan pelantikannya manakala seorang mengundi menentang manakala tiga lagi berkecuali.

Selepas diumumkan sebagai presiden, Jinping, 59, bangun lalu tunduk tanda hormat kepada para perwakilan ke sidang parlimen China itu dan kemudian berjabat tangan dengan para pemimpin kanan yang lain.

Pelantikannya selaku pemimpin negara paling padat di dunia itu akan disusuli dengan satu lagi pelantikan utama iaitu jawatan perdana menteri yang merupakan orang yang bertanggungjawab mentadbir perjalanan harian kerajaan pusat.

Calonnya ialah Li Keqiang.

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan