Ramai Remaja AS Guna Internet Secara Mudah Alih – Kaji Selidik - Berita Dunia | mStar

Ramai Remaja AS Guna Internet Secara Mudah Alih – Kaji Selidik

Diterbitkan: Rabu, 13 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

WASHINGTON: Kebanyakan remaja Amerika Syarikat (AS) menggunakan telefon mereka untuk mengakses Internet, dengan satu per empat daripada mereka melayari Internet menggunakan peranti mudah alih mereka, kata satu kaji selidik pada Rabu.

Sebahagian daripada 78 peratus remaja AS mempunyai telefon mudah alih, dan 47 peratus memiliki telefon pintar, menurut kajian oleh Pew Internet Project dengan Pusat Berkman untuk Internet & Masyarakat di Harvard.

Ia mendapati 74 peratus daripada remaja yang mempunyai akses Internet mudah alih dan satu per empat daripada mereka merupakan pengguna Internet mudah alih, lebih 15 peratus daripada populasi dewasa dalam kategori ini melayari Internet tanpa dekstop atau komputer riba.

Kesemua 95 peratus daripada remaja melayari Internet, satu peratus daripada menggunakannya secara konsisten sejak 2006, kata kajian itu.

Tetapi gaya penggunaan Internet telah berubah apabila lebih ramai pengguna menggunakannya secara mudah alih.

“Dalam banyak keadaan, remaja mewakili peneraju kepada hubungan mudah alih, dan trend penggunaan teknologi itu sering kali berubah-ubah dalam populasi dewasa,” kata penyelidik itu.

“Remaja kebiasaannya mempunyai satu telefon mudah alih kerana mereka mempunyai desktop atau komputer riba. Dan peningkatan dalam telefon-telefon ini berikutan kemampuan para remaja, akses ke Internet secara mudah alih.”

Komputer tablet turut menunjukkan peningkatan bilangan mereka, dengan 23 peratus mempunyai akses dengan menggunakan salah satu daripada peranti ini, kata kajian itu.

Kaji selidik itu, yang menemu ramah kira-kira 800 ibu bapa dan 800 belia dari umur 12-16, mendapati remaja perempuan merupakan pengguna Internet menggunakan telefon paling ramai, dengan 34 peratus berbanding dengan 24 peratus bagi remaja lelaki berusia antara 14 dan 17 tahun. - AFP

   

iklan

Video

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Khamis, 5 Julai 2018 7:02 PM

Ngeri! Nampak kaki dalam beg baju

Kolumnis

iklan

Iklan