Pejuang Hamas Terbunuh Dalam Serangan di Tebing Barat

Diterbitkan: Rabu, 13 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

HEBRON (Wilayah Palestin): Seorang pejuang Hamas terbunuh manakala dua rakyat Palestin cedera dalam serangan ke atas pasukan Tentera Israel berhampiran selatan Tebing Barat, di sini, Rabu.

Menurut Pegawai Keselamatan Palestin, mangsa yang terkorban adalah Mahmud al-Titi, 23 dan terbabit dalam kumpulan pejuang Islam.

Pasukan perubatan berkata, seorang lelaki mengalami cedera ringan manakala seorang lagi cedera parah dalam pertempuran di kem pelarian Al-Fawwar, selatan bandar berkenaan.

Jurucakap tentera berkata, mangsa dipercayai cuba memasuki kem berkenaan dan melemparkan batu serta bom petrol ke arah pasukan keselamatan. - AFP

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan