Hukuman Rejam Penzina Digugurkan Daripada Draf Undang-Undang Aceh

Diterbitkan: Rabu, 13 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JAKARTA: Kerajaan Aceh menggugurkan satu peruntukan dalam draf undang-undang tempatan yang membenarkan hukuman rejam dengan batu sehingga mati bagi penzina.

Peruntukan itu digugurkan daripada draf Qanun Jinayat Aceh, satu set undang-undang kecil yang menggantikan elemen Kanun Keseksaan dengan peruntukan Syariah bagi orang Islam.

Kerajaan akan membincangkan Qanun Jinayat dan Qanun Acara Jinayat, iaitu undang-undang kecil kanun tatacara jenayah, dengan ulama, ahli akademik dan pemegang kepentingan yang lain, untuk menyempurnakan undang-undang kecil rejam itu, yang kesemua mereka bersetuju supaya dibatalkan, ketua Agensi Syariah Islam Aceh, Syahrizal Abbas dipetik sebagai berkata oleh akhbar harian berbahasa Inggeris 'Jakarta Globe' pada Rabu.

Qanun Jinayat dan Qanun Acara Jinayat, yang diluluskan Majlis Perundangan Aceh pada 2009, memperuntukkan hukuman berat seperti rejam dengan batu sehingga mati bagi penzina dan sebatan 100 rotan bagi mereka yang ditangkap kerana melakukan seks sebelum nikah atau terbabit dalam aktiviti homoseksual.

Bekas gabenor Aceh Irwandi Yusof enggan menandatangani draf undang-undang kecil itu kerana membantah hukuman rejam dengan batu itu.

Sejak Aceh menggunapakai satu bentuk undang-undang Syariah pada 2001, wilayah berkenaan telahpun melaksanakan empat qanun, iaitu berhubung penyebaran Islam, khalwat, minuman beralkohol dan perjudian. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan