Kapal Karam Selepas Langgar Feri Penumpang Ke Pulau Bukom

Diterbitkan: Sabtu, 9 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SINGAPURA: Sebuah kapal yang berdaftar di Indonesia karam selepas berlanggar dengan feri penumpang yang sedang belayar ke Pulau Bukom, Sabtu, mengakibatkan seorang kru kapal hilang dan enam penumpang feri cedera.

Kapal Budi Jasa 18 karam di West Keppel Fairway selepas berlanggar dengan Sea Hawk, menurut Pihak Berkuasa Maritim dan Pelabuhan (MPA) Singapura, yang menerima laporan kemalangan itu pada 6.25 pagi.

MPA berkata lima kru kapal diselamatkan dan seorang dilaporkan hilang.

Sea Hawk berlepas dari Terminal Feri Pasir Panjang ke Pulau Bukom dan membawa 200 penumpang ketika kejadian.

Lapan penumpang cedera, lima daripadanya dihantar ke Klinik Bukom untuk mendapatkan rawatan akibat luka dan melecet manakala tiga dihantar ke Hospital Alexandra.

MPA menyelaraskan operasi mencari dan menyelamat (SAR) membabitkan masing-masing dua kapal MPA dan kapal Polis Pengawal Pantai serta unit penyelam.

MPA mengeluarkan siaran pelayaran kepada kapal di kawasan itu agar menjauhi kawasan SAR dan melaporkan jika ternampak orang yang dilaporkan hilang itu.

Katanya operasi pelabuhan tidak terjejas. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan