Keputusan Rancangan Pengambilan Tiger Oleh Virgin Ditangguhkan

Diterbitkan: Jumaat, 8 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MELBOURNE: Badan pengawasan persaingan Australia telah menangguhkan keputusannya bagi cadangan pengambilalihan Tiger Airways Australia oleh Virgin Australia.

Virgin memerlukan kelulusan daripada Suruhanjaya Persaingan dan Pengguna Australia (ACCC) untuk membeli 60 peratus pegangan dalam syarikat penerbangan yang mengalami kerugian itu.

ACCC dijangka membuat keputusan pada 14 Mac, tetapi telah meminta lebih banyak maklumat daripada Virgin dan berkata ia memerlukan lebih masa untuk membuat keputusan itu.

Ia akan mengumumkan tarikh baharu keputusan itu dalam masa terdekat, kata suruhanjaya tersebut.

Virgin berkata ia akan bekerjasama dengan ACCC untuk menyediakan maklumat yang diminta.

"Virgin Australia akan akan memberi respons kepada permintaan bagi maklumat itu dan akan terus berhubung dengan ACCC berkaitan urus niaga tersebut," kata syarikat itu dalam satu kenyataan, Jumaat.

ACCC sebelum ini berkata ia bimbang janji niaga itu akan mengurangkan persaingan dalam pasaran domestik Australia. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan