Setiausaha Agung PBB Gesa Krisis Lahad Datu Diselesai Secara Aman

Diterbitkan: Khamis, 7 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

NEW YORK: Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Ban Ki-moon menggesa keganasan di Sabah ditamatkan dan menggalakkan dialog diadakan di kalangan semua pihak untuk resolusi aman.

"Setiausaha Agung meluahkan kebimbangan mengenai kesan situasi ini yang membabitkan penduduk awam, termasuk pendatang di rantau ini.

"Beliau menggesa semua pihak menghantar bantuan kemanusiaan dan bertindak sepenuhnya mengikut piawaian hak asasi manusia antarabangsa," kata jurucakap itu dalam satu kenyataan di laman web PBB.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan