Penggodam "Serang" Bank Utama Czech

Diterbitkan: Rabu, 6 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PRAGUE: Penggodam menyerang laman web bank pusat Czech dan beberapa bank komersial pada Rabu, yang menyekat server mereka dengan bilangan permintaan yang begitu banyak, kata bank-bank berkenaan.

Serangan itu “menyasarkan server hosting luaran laman web www.cnb.cz,” kata bank pusat CNB dalam laman sosial Facebook milik bank itu.

Penggodam menyasarkan bank komersial seperti Ceska sporitelna yang dimiliki oleh Bank Erste dari Austria, bank Komercni milik Socite Generale dari Perancis, CSOB di bawah pemilikan KBC dari Belgium dan cawangan tempat bagi Raiffeisenbank dari Austria.

Bank-bank itu menegaskan mengenai serangan perkhidmatan penafian (DDOS) yang menyebabkan muatan rangkaian tidak memberi ancaman kepada data atau akaun pelanggan.

Isnin lalu, penggodam menyerang beberapa laman berita Czech dalam cara yang sama. - AFP

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan