2 Kapal Pengawal Pantai Filipina Sedia Beri Bantuan Kemanusiaan

Diterbitkan: Selasa, 5 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MANILA: Dua kapal Pengawal Pantai Filipina diletakkan dalam keadaan bersiap sedia di Zamboanga City atas kemungkinan dihantar ke perairan sempadan Malaysia-Filipina bagi memberi bantuan kemanusiaan kepada rakyat negara ini yang terjejas akibat ketegangan insiden pencerobohan ke atas Sabah.

Jurucakap Pengawal Pantai, Leftenan Komander Armand Balilo berkata, kapal mencari dan menyelamat PCG BRP Edsa (SARV 002) dan BRP Davao del Norte (SARV 3504) kini sedang menunggu arahan daripada Jabatan Hal Ehwal Luar untuk ditempatkan di sempada antara kedua-dua negara jiran ini.

"Ekoran misi itu adalah untuk tujuan kemanusiaan, kami berharap kerajaan Malaysia akan membenarkan kapal-kapal tersebut membawa pulang rakyat Filipina yang mahu meninggalkan Sabah ketika ketegangan antara pasukan keselamatan Malaysia dengan tentera Sultan Sulu berterusan," katanya yang dipetik oleh Inquirer.net.

Balilo berkata, kedua-dua kapal itu akan membantu dalam operasi pemindahan atau penghantaran pulang rakyat Filipina dari timur laut Sabah. - AGENSI

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan