Kes Rogol Kanak-Kanak Tujuh Tahun Di New Delhi Disiasat

Diterbitkan: Isnin, 4 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

NEW DELHI: Polis sedang menyiasat kes rogol seorang budak perempuan berusia tujuh tahun di dalam sekolah di ibu negara India.

Jurucakap polis New Delhi pada Jumaat berkata, polis merekodkan kes rogol dan sedang menyoal guru-guru dan para pengawal keselamatan di sekolah itu.

Dr. Sanjay Kumar yang merawat kanak-kanak itu berkata, mangsa mengalami kecederaan ekoran insiden itu.

Satu protes penunjuk perasaan di hospital dan membaling batu berhampiran dengan bas, sehingga mengenai tingkapnya.

Polis mengadakan sekatan jalan bagi memastikan mereka bersurai.

Insiden wanita dieksploitasi menimbulkan kemarahan orang awam, terutama selepas seorang gadis yang mati akibat dirogol oleh sekumpulan lelaki di dalam bas di New Delhi pada Disember lalu. - AFP

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan